persembahan kelab muzik tradisional sempena majlis anugerah pelajar cemerlang yayasan sarawak 2012
kelab bahasa
MIRI: Dua pertandingan pidato diadakan serentak iaitu Pidato Piala Diraja dan Pidato Pra-U Sekolah Menengah Peringkat Daerah Miri di Dewan Bunga Raya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, di sini baru-baru ini.
Pidato Piala Diraja disertai oleh pelajar tingkatan empat dan lima, sementara Pidato Pra-U bagi tingkatan enam.
Pada Pidato Piala Diraja, juara berpihak kepada Muhammad Irfan Maslan Malik dari SMK Lopeng Tengah.
Kemenangan itu melayakkannya mewakili Miri pada pertandingan pidato peringkat negeri yang akan berlangsung bulan depan.
Manakala tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing menjadi milik Gilian Gelang Ondom (SMK Taman Tunku) dan Ramlah Baro (SMK Merbau).
Sementara bagi Pidato Pra-U, Oliviana Buja dari SMK Marudi telah menambat hati juri justeru dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori terbabit.
Tempat kedua menjadi milik Noor Ajeerah Muhamad Sablee dari SMK Lutong, manakala Dayang Nor Amirah Awang Timbang (SMK Merbau) meraih tempat ketiga.
Sejumlah 12 buah sekolah mengambil bahagian pada Pidato Piala Diraja, manakala enam buah sekolah terlibat dalam Pidato Pra-U.
Majlis penyampaian sijil dan piala kepada pemenang disempurnakan oleh Pengetua SMK Merbau, Ang Siew Jin.
Pidato merupakan satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan.
Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan yang bertujuan untuk mempengaruhi penonton.
Objektif penganjurannya bukan sahaja menggalakkan keyakinan di kalangan peserta, tetapi meningkatkan kemahiran komunikasi dalam penggunaan serta pengucapan dalam bahasa Melayu.
Tahniah kepada pemenang.