sejarah smk merbau
Menitip lembaran sejarah, SMK Merbau dibuka pada 14 Disember 1999 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2000 di bawah pimpinan En. Hadi bin Pauzi sebagai pengetua pertama sekolah ini. Sekolah ini mula beroperasi di tapak sementara sebagai penumpang di SK Anchi, Piasau Jaya, Fasa 1. Pada peringkat awal sekolah ini hanya menempatkan 2 kelas peralihan dan 6 tingkat 1 iaitu Tingkatan 1A – 1F dengan jumlah pelajar tidak melebihi 400 orang dan 25 orang guru yang dibantu oleh seorang kerani.
Akhirnya pada 12 April 2003, SMK Merbau telah berpindah ke kawasan Permyjaya, di Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District,Permyjaya dengan keluasannya 14.769 hektar. Kini, SMK Merbau telah berubah wajah. Pada tahun 2007, SMK Merbau mempunyai 62 kelas dengan jumlah pelajar 3000 orang yang terdiri daripada kelas peralihan sehinggalah tingkatan 6 Atas. Manakala, warga pendidik pula seramai 113 orang dan dibantu oleh 11 orang kakitangan sokongan.
SMK Merbau telah mengalami satu anjakan paradigma di bawah pimpinan Tuan Haji Hamzah bin Haji Dadu terutamanya dari segi landskap dan keceriaan sekolah tanpa mengabaikan kecemerlangan akedemik, kokurikulum dan sahsiah para pelajar. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan khasnya untuk keselesaan warga SMK Merbau. Kini, pada tahun 2009 sehingga sekarang sekolah kita telah bertambah pelbagai kemudahan. Bukan itu sahaja, akedemik dan kokurikulum juga kian membanggakan. Diharapkan impian sekolah kita untuk menjadi SEKOLAH BINTANG 2015 akan menjadi suatu realiti. Kenapa? Kerana nama asal sekolah ini adalah berasal daripada sejenis pokok iaitu pokok merbau. Pokok merbau ini membawa maksud yang sangat bermakna iaitu kuat, kukuh, dan tahan lama. Kini, SMK Merbau di bawah pimpinan Cik Ang Siew Jin yang bermula pada tahun 2009 hingga kini.